To those yang rasa mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Boleh tra test!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… osoh cha'ra apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. hensem tak…
last sekali buat joget kucing…
--------------
kalau dok hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian selamat malam~
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
TIP 1
Rabu, 24 Jun 2009
TIP - Menjana Lebih Wang Melalui Blog
Salam sejahtera, Tahniah kerana anda melakukan satu langkah yang bijak di dalam menambah ilmu dan juga ingin mencapai impian anda di dalam menjana pendapatan di internet. Baiklah, ebook siri pertama ini akan memberikan satu tip yang tidak ramai tahu atau tidak serius melakukannya walaupun ia senang.
Tip tersebut adalah: Mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog. Jangan hanya berharap dan tumpu pada yang satu. Namun lakukan secara fokus dan konsisten. Ya, mudah. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak melakukannya dengan serius atau dengan betul. Bagaimana?
1. Sertai beberapa program affiliate yang terbaik samada dari segi produk dan komisen yang dibayar serta reputasi pihak penganjur program tersebut. Komisen bagi produk affiliate untuk produk digital biasanya 40-50% daripada harga produk. Maka utamakan komisen sebegitu jika anda inginkan hasil yang memuaskan dan setimpal daripada usaha anda. Produk affiliate mestilah ada permintaan (dikehendaki ramai) dan masih relevan dengan keadaan semasa. Kebanyakan penganjur program affiliate hanya ingin 'mempergunakan' anda untuk memperbanyakkan jualan mereka tetapi memberikan anda komisen yang 'sedikit' dan tidak setimpal dengan usaha kuat anda.
2. Menjual ruang iklan samada secara menggunakan pihak tengah atau melakukannya sendiri. Untuk menggunakan pihak tengah, anda boleh mencuba di http://text-link-ads.com atau di http://adbrite.com. Namun, mereka mengenakan syarat-syarat tertentu yang biasanya jika blog anda masih lagi baru, kebiasaannya amat sukar untuk mendapat kelulusan mereka. Jika permohonan anda tidak lulus, maka jalan kedua adalah menjual ruang iklan sama ada banner atau link di blog anda kepada sesiapa yang berminat. Namun, sebelum anda menjual ruang iklan, utamakan teknik-teknik yang dinyatakan di dalam ebook Kit Blogger yang pasti suatu hari nanti menjadi milik anda. Bersabar.
3. Menjual produk sendiri. Ini sudah semestinya anda lakukan, jika boleh. Gunakan sebaik mungkin blog anda untuk 'mempromosikan' produk anda sendiri. Itulah 3 cara buat duit melalui blog dan jika anda menggabungkan kesemua cara tersebut dan melakukan secara fokus dan serius, anda dapat melipat-gandakan pendapatan anda di interneterkesaSekali lagi dinyatakan, segala tips yang anda dapat secara bersiri ini tidak akan lengkap jika anda tidak mendaftar sebagai ahli.
Rezeki itu akan datang melimpah apabila niat dan usaha untuk berbakti mengatasi hasrat untuk memenuhi kepentingan diri. Artikal ini fokus kepada kebaktian, bahawa wang dan kekayaan bukanlah matlamat tetapi hanya jalan untuk menjadi insan yang berjaya zahir dan batinnya, dunia dan akhiratnya.
Ramai manusia mudah merasa cukup dengan apa yang ada tetapi sebenarnya tidak cukup mengembelingkan usahanya. Ramai yang nampaknya senang hati tetapi pada hakikatnya banyak berhutang. Ramai yang ketawa tetapi hatinya menangis. Ramai yang merasa berjaya tetapi dia gagal. Ramai yang tidak mengenali potensi diri, apatah lagi yang mahu berusaha mempertingkatkan mutu diri. Dalam dunia ini ramai orang memilih untuk gagal berbanding orang yang memilih untuk berjaya. Sedangkan kejayaanlah yang patut mereka tujui. Mudah-mudahan kita mendapat kesedaran betapa pentingnya mengembelingkan tenaga dan kebijaksanaan untuk kemajuan agama, bangsa dan Negara. Biar ramai yang berjaya jika boleh, semua patut berjaya.
Artikel ini dinamakan Menggali Telaga Emas. Satu tajuk yang melambangkan usaha, untuk memperoleh hasil yang amat bernilai dan berpanjangan.
Menggali adalah lambang kegigihan usaha. Semakin lama semakin gigih usaha itu dan semakin hampir pula ia ke matlamat yang hendak dituju, iaitu emas yang tersembunyi tetapi ia wujud pada hakikat yang sebenarnya. Bagi menggali, persediaan yang cukup dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap perlu ada, agar usaha menggali dapat dilakukan dengan bijak dan tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Orang yang berjaya dalam hidup kerjanya menggali, orang-orang yang gagal menjadi penonton dan berkeliling mencari kalau-kalau ada lubang yang telah sedia untuk mendapatkan emas. Sedang mereka ini asyik menunggu-nunggu dan berharap, orang yang berjaya telah mengaut hasil usahanya.
Telaga adalah lambang rezeki yang tidak putus-putus. Sifat telaga itu mempunyai banyak mata air yang memancarkan airnya dari masa ke semasa. Apabila air telaga ditimba atau diceduk, air akan penuh kembali hingga ke tahap optima. Telaga adalah tumpuan kehidupan, semua makhluk memerlukan air untuk meneruskan kehidupannya. Telaga adalah tempat kafilah-kafilah zaman dahulu berhenti dan berkhemah, menghilangkan kehausan, mandi-manda membersih diri, dan kemudian mengisi bekas-bekas airnya sebagai bekalan dalam perjalanan yang masih jauh.. Telaga lambang bakti, bakti insan yang menggalinya, dan rezeki yang diperolehinya dapat dikongsi oleh makhluk lain.
Emas adalah lambang harta yang bernilai. Ianya dimiliki oleh orang-orang yang berada. Semakin kaya seorang insan, semakin banyak emas yang mampu dimilikinya. Emas adalah perhiasan wanita. Ia cantik, mempunyai sifat kelembutan dan sinarannya tidak mengenal pudar. Ia kelembutan kepada jenis yang lembut. Ia berharga dan kerana berhargalah ia merupakan hadiah yang amat bernilai dan disanjungi.
Menggali Telaga Emas adalah usaha gigih yang amat bernilai bagi memperoleh keuntungan dan keberkatan yang berpanjangan. Diri itulah Telaga Emas, dan menggali bererti mengenali potensi diri dan menggunakan potensi ini dengan sebaik-baiknya bagi menjadi manusia yang berjaya, dan diiktiraf sepenuhnya sebagai berjaya.